Bengkel Pengurusan Emosi dan Tekanan Serta Hari Keluarga UAD 2012
Unit Audit Dalam (UAD), UKM telah selesai menjalankan Bengkel Pengurusan Emosi dan Tekanan serta hari keluarga pada 09 hingga 11 November 2012 bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Bengkel yang diadakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pengawalan emosi dan penguasaan kemahiran dalam menghadapi tekanan yang dialami. Disamping itu, ia juga bertujuan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran komunikasi yang tinggi. Penceramah yang dijemput bagi bengkel ini adalah En. Alwan Wagiman daripada Human Performance Improvement Consultant (HPI).
Hari keluarga UAD dimulakan dengan makan malam pada 10 November 2012 dan kemudian diteruskan dengan acara sukaneka pada 11 November 2012. Semua keluarga telah bersama-sama meraikan sambutan hari keluarga ini. Aktiviti dimulakan dengan acara sukaneka untuk kategori dewasa, kategori kanak-kanak untuk 12 hingga 5 tahun dan kategori kanak-kanak di bawah 5 tahun. Johan keseluruhan dimenangi oleh Kumpulan C yang diketuai oleh En. Hazrizal Muhammad. Syabas diucapkan kepada semua warga UAD yang terlibat dalam menjayakan bengkel dan hari keluarga tahun 2012. Diharapkan program yang sama dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.