TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT AIDILADHA
Menyambut Aidiladha, Unit Audit Dalam UKM telah menjemput Dr. Hamdi Ishak dari Fakulti Pengajian Islam untuk memberikan sedikit tazkirahkepada warga UAD pada 24 Julai 2020 (Jumaat). Tazkiran ini diadakan bertujuan untuk memberikan peringatan, pengajaran dan kefahaman semperna menyambut Aidiladha (1441H).
Tazkirah yang disampaikan ini menceritakan mengenai kisah anak-anak Nabi Adam AS iaitu Habil dan Qabil yang diperintahkan untuk mempersembahkan korban kepada Allah SWT dan asal usul ibadah korban yang telah bermula sejak zaman Nabi Adam sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.
Tazkirah ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Unit Audit Dalam berharap program tazkirah ini dapat diteruskan bagi meningkatkan pemahaman dan peringatan pada diri masing-masing.