Tazkirah kepentingan SOLAT
Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam UKM telah menganjurkan sesi tazkirah sebagai pengisian rohani kakitangan UAD. Tazkirah ini telah diadakan pada 10 Mei 2013 (Jumaat) dan tajuk yang disampaikan adalah mengenai kepentingan solat. Sesi tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Khairil Khuzairi bin Omar iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan daripada Pusat Islam UKM. Diharapkan tazkirah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu pengisian rohani untuk semua kakitangan UAD.