MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM UKM 2013

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) telah selesai diadakan pada 07 hingga 09 Oktober 2013 bertempat di Hotel Residence UNITEN. MSP peringkat UAD diadakan berdasarkan Prosedur Utama UKM-SPKP-PU07 Mesyuarat Semakan Pengurusan seperti yang telah diadakan pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan prestasi setiap jawatankuasa yang ditubuhkan dan membincangkan perancangan tahun hadapan serta mencadangkan penambahbaikan yang berkesan. Selain itu, MSP ini turut membincangkan perkara-perkara yang merangkumi semakan, kecukupan, kesesuaian, perubahan, cadangan/tindakan penambahbaikan dan keberkesanan terhadap pelaksanaan SPKP UKM. Mesyuarat ini turut membincangkan prestasi pengauditan tahun 2013 dan halangan-halangan atau kekangan-kekangan semasa pengauditan dijalankan, membincangkan perancangan sumber manusia, aset, kelengkapan dan bajet.
Mesyuarat yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang telah menghadiri dan memberikan kerjasama dalam mesyuarat yang diadakan. Diharapkan prestasi UAD untuk tahun 2014 dapat ditingkatkan dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.