Taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) bertajuk ‘Ergonomik Di Pejabat’ Oleh Pihak NIOSH
Salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh JKKP Unit Audit Dalam adalah dengan menganjurkan taklimat berkaitan KKP untuk kakitangannya. Sehubungan itu, pada 23 April 2014 (Rabu), pihak Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Unit Audit Dalam telah menjemput wakil dari pihak NIOSH untuk memberikan taklimat berkenaan Ergonomik Di Pejabat. Ergonomik adalah perkara yang berhubung dengan sistem kerja, organisasi, tempat kerja, beban tugas dan peralatan kerja. Oleh yang demikian, penerapan ergonomik di tempat kerja dapat mengoptimakan kesesuaian di antara individu dan beban tugas serta meminimakan tekanan serta dapat memelihara kesihatan.