Taklimat Awareness Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPK3P)

Taklimat Awareness Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPK3P) telah diadakan pada 15 Mei 2023 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Kolej Keris Mas. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Malina Jasamai (Timbalan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti UKM). Tujuan taklimat ini diberikan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga UAD tentang SPK3P yang baharu.
SPK3P adalah gabungan 2 sijil sedia ada iaitu SPKP dan SPKPPPS. Hasil daripada pengabungan ini, terdapat perubahan yang ketara terhadap prosedur perkhidmatan dan pembelajaran dan pengajaran.

Sehubungan dengan itu, UAD telah menjemput Prof. Madya Dr. Malina Jasamai yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Peningkatan Kualiti, Promosi dan Latihan SPK3P untuk memberi taklimat kepada warga UAD tentang pelaksanaan SPK3P.
Hasil daripada taklimat tersebut, warga UAD telah mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang SPK3P. Disamping itu, Dr. Malina juga telah menerima maklum balas mengenai pelaksanaan SPK3P daripada warga UAD untuk penambahbaikan.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini dan kepada Dr. Malina yang telah memberi taklimat tersebut.