AKTIVITI KESIHATAN DI TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UAD telah berjaya menjalankan aktiviti kesihatan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya pada 23 Jun 2023 (Jumaat). Selain bertujuan meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh, aktiviti luar ini sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja warga UAD. Aktiviti kesihatan ini mengambil masa hampir dua jam dimulai dengan sesi memanas badan, dan seterusnya menyusuri taman seluas 47 hektar ini.
Unit Audit Dalam berasa bangga kerana dapat menjalankan aktiviti kesihatan ini dengan jayanya dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.