TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H

Majlis tazkirah sempena menyambut awal Muharram 1445H telah diadakan pada 18 Julai 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam UKM. Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Musa Bin Moslim mengenai sejarah penghijrahan zaman Rasullullah swt dan maksud penghijrahan pada masa kini.

Tazkirah ini merupakan salah satu aktiviti di bawah exco kerohanian TAKUAD dan aktiviti ini melibatkan kesemua kakitangan di Unit Audit Dalam. Tazkirah ini juga telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang memberi komitmen dan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan program tazkirah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.