TAKLIMAT GLOBAL INTERNAL AUDIT STANDARDS

Global Internal Audit Standards yang telah dikeluarkan pada 09 Januari 2024 oleh The Institute of Internal Auditors adalah bagi menggantikan International Professional Practices Framework (IPPF) 2017. Selaras dengan perubahan Standards tersebut, satu taklimat yang dikendalikan oleh Puan Norhayati Baharuddin telah dianjurkan oleh Unit Audit Dalam (UAD) UKM pada 21 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar 1, Hospital Pakar Kanak-Kanak, Cheras. Taklimat ini diadakan untuk menerangkan kepada semua kakitangan UAD tentang perubahan Standards International Professional Practices Framework (IPPF) 2017 kepada Global Internal Audit Standards 2024.

Global Internal Audit Standards bukan sahaja mengambil kandungan yang terdapat dalam International Professional Practices Framework (IPPF) 2017, malahan menggabungkan mandatory guidance IPPF, Code of Ethics, Core Principles for the Professional Practice of Internal Auditing, Definition of Internal Auditing, dan Mission of Internal Audit.

Lanjutan daripada taklimat ini, pihak UAD akan mengambil langkah untuk membuat penilaian analisa jurang (gap assessment). Ini adalah bertujuan untuk menilai keperluan Standards yang baharu dan mengambil langkah penambahbaikan bagi memenuhi keperluan Standards tersebut.

UAD UKM berharap taklimat yang disampaikan dapat memberi input kepada semua kakitangan UAD untuk mengorak langkah bagi memenuhi keperluan Standards tersebut.