BENGKEL PEMANTAPAN PROSEDUR SPKPPP UAD UKM

Unit Audit Dalam telah melaksanakan Bengkel Pemantapan Prosedur SPKPPP UAD UKM bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melibatkan semua kakitangan. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi menambahbaik dokumen SPKPPP untuk diselaraskan dengan Standard ISO 9001:2015. Selain itu, bengkel ini juga diadakan bagi menyemak dan mengemaskini semula pelaksanaan dan pelaporan pengauditan yang sedia ada supaya lebih seragam dan bersistematik.
Dokumen penambahbaikan yang terlibat adalah Arahan Kerja Pengurusan Pengauditan (UKM-SPKPPP-PT(P)10-UAD-AK01) yang meliputi garis panduan, senarai semak, borang dan lampiran. Semua kakitangan terbuka untuk memberi pendapat dan berkongsi pandangan dalam memastikan pelaksanaan dan pelaporan pengauditan dapat ditambahbaik, diseragamkan dan mencapai objektif pelaporan pengauditan.
Lanjutan dari bengkel ini, pihak UAD akan mengemaskini dokumen SPKPPP dan menambahbaik pelaporan audit seiring dengan keputusan yang diputuskan bersama. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan UAD yang telah memberi komitmen dan bekerjasama dalam menjayakan bengkel kali ini.