TAKLIMAT KLASIFIKASI DOKUMEN
Setiap pegawai awam yang diamanahkan dengan dokumen rahsia rasmi dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
Selaras dengan itu, pada 24 Oktober 2024 (Khamis), pihak UAD telah memohon Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar untuk memberi taklimat berkenaan tatacara pengurusan dokumen rahsia rasmi.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman warga UAD tentang tatacara mengklasifikasikan dokumen serta urusan pentadbiran yang berkaitan dengan dokumen yang telah diklasifikasikan tersebut.
Ucapan terima kasih kepada Encik Muhammad Amirul Abdul Razak dan semua kakitangan UAD yang telah menghadiri taklimat klasifikasi dokumen dan semoga pengetahuan dan maklumat yang diperolehi dapat diterapkan dalam urusan pentadbiran UAD serta semasa pengauditan.