LAWATAN KERJA DELEGASI PEJABAT AUDIT DALAM, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Pada 29 Oktober 2024 (Selasa), seramai 9 orang kakitangan Pejabat Audit Dalam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Puan Alliza Ayob telah melakukan lawatan kerja ke UAD UKM untuk bertukar pandangan tentang Quality Assessment Review (QAR) yang telah dijalankan oleh pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM). Delegasi dari USIM telah disambut oleh Encik Ishak Md. Saboo selaku Ketua Unit Audit Dalam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM).
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pandangan UAD, UKM berkenaan Quality Assurance Review (QAR) dalam aspek pelaporan, dokumentasi dan struktur yang memenuhi keperluan International Professional Practice Framework (IPPF) dan perubahan Standards 2017 kepada Global Internal Audit Standards 2024 (GIAS 2024). Di samping itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai peranan dan tanggungjawab UAD dalam usaha memberi nilai tambah kepada organisasi.
UAD UKM berharap lawatan kerja dari Pejabat Audit Dalam, USIM mencapai objektifnya disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua organisasi. Terima kasih juga kepada warga UAD UKM yang telah memberikan kerjasama semasa sesi lawatan berkenaan dijalankan.