AKTIVITI BRISK WALK BERSAMA WARGA UAD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Unit Audit Dalam (UAD) telah sekali lagi berjaya menjalankan program kesihatan iaitu aktiviti brisk walk yang melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam pada 07 November 2024 (Khamis). Laluan bagi aktiviti brisk walk ini bermula daripada Kolej Keris Mas, Perumahan Bukit Puteri, Taman Botani, EiMAS, dan berakhir di Kolej Keris Mas.
Selain bertujuan meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh, aktiviti luar ini sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja warga UAD. Aktiviti kesihatan ini mengambil masa selama hampir satu jam yang mana ianya bermula dengan sesi memanas badan, bacaan doa dan aktiviti asal iaitu menyusuri laluan pejalan kaki yang ditetapkan sejauh 3.7 kilometer.
Unit Audit Dalam berasa bangga kerana dapat menjalankan aktiviti kesihatan ini dengan jayanya dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan serta menjadi sebahagian daripada aktiviti tahunan UAD. Aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.