BENGKEL PEMILIHAN TAJUK PROGRAM AUDIT BAGI TAHUN 2025

Surat Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2024 – Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan telah menyatakan bahawa salah satu tanggungjawab Unit Audit Dalam (UAD) adalah ‘mengemukakan Rancangan Audit Tahunan untuk kelulusan Lembaga Pengarah BPP / Jawatankuasa Audit’.

Manakala Standard 9.4 dalam Global Internal Audit Standards juga menyatakan bahawa UAD perlu menyediakan plan audit untuk kelulusan Lembaga Pengarah / Jawatankuasa Audit.

Sehubungan dengan itu, satu bengkel pemilihan tajuk program audit bagi tahun 2025 telah diadakan pada 06 November 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel. Pemilihan tajuk audit adalah berdasarkan kepada input pihak pengurusan tertinggi UKM, audit universe yang dibangunkan oleh UAD serta hasil perbincangan Ketua Audit Dalam bersama Naib Canselor.

Hasil daripada bengkel ini, UAD telah memilih sebanyak 17 cadangan tajuk audit untuk mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Audit UKM. Ucapan terima kasih kepada semua kakitangan UAD yang telah memberi input kepada pemilihan tajuk audit untuk dilaksanakan pada tahun 2025.