Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Fungsi Jawatankuasa Audit UKM

  1. Mengkaji keperluan UAD berhubung dengan keperluan sumber manusia, peruntukan dan kemudahan untuk memastikan fungsi audit dalam dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  2. Memastikan UAD diberi kebebasan untuk memeriksa semua rekod dan dokumen berkaitan dengan aktiviti organisasi bagi tujuan pengauditan.
  3. Mengkaji keberkesanan pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman.
  4. Mengkaji dan meluluskan perancangan aktiviti audit berdasarkan risiko oleh UAD yang meliputi skop kerja, pelaksanaan, keanggotaan dan penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar.
  5. Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada LPUKM.
  6. Mengkaji dan menasihati LPUKM berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.
  7. Meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara serta kertas kerja yang berkaitan dengan bidang tugas audit dan membentangkan laporan setiap suku tahun di Mesyuarat LPUKM.
  8. Mengkaji dan menasihati LPUKM berhubung dengan matlamat prestasi secara kuantitatif atas aktiviti yang tertakluk kepada pengauditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh LPUKM.
  9. Mengkaji keberkesanan proses dan prosedur untuk memastikan pematuhan kepada akta dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
  10. Memastikan bahawa UKM sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan dan mematuhi piawaian perakaunan yang berkuat kuasa.
  11. Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh LPUKM dari semasa ke semasa.
  12. Melaporkan kepada LPUKM mengenai kewujudan elemen penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan untuk tindakan yang sewajarnya.
  13. Meneliti dan meluluskan prestasi aktiviti Audit Dalam berhubung dengan pelan perancangan aktiviti audit dan lain-lain perkara.
  14. Membuat penilaian prestasi ke atas Ketua Unit Audit Dalam UKM sekurang-kurangnya setahun sekali.
Translate »