AKTIVITI MENYUSURI DENAI DI SUNGAI LANGAT

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UAD telah berjaya menjalankan program kesihatan yang pertama pada tahun 2024 dengan mengadakan aktiviti menyusuri denai di sepanjang Sungai Langat pada 07 Mac 2024 (Khamis).
Selain bertujuan meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh, aktiviti luar ini sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja warga UAD. Aktiviti kesihatan ini mengambil masa hampir dua jam dimulai dengan sesi memanas badan dan menyusuri denai sejauh 5 kilometer bagi perjalanan 2 hala (pergi dan balik).
Warga UAD turut mengambil peluang untuk membuat aktiviti CSR dengan mengutip sampah-sampah yang ada sepanjang perjalanan. Unit Audit Dalam berasa bangga kerana dapat menjalankan aktiviti kesihatan ini dengan jayanya dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan ukhwah sesama warga UAD.