AKTIVITI PELUPUSAN FAIL-FAIL AUDIT DAN PENTADBIRAN
Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan telah melaksanakan pelbagai jenis pengauditan sejak penubuhannya. Oleh yang demikian, fail audit dan fail pentadbiran semakin bertambah saban tahun.
Selaras dengan pengurusan rekod yang dilaksanakan di UKM, pihak UAD melalui Jabatan Pendaftar telah memohon kepada Jabatan Arkib Negara dan Jabatan Audit Negara untuk melupuskan rekod yang telah melebihi tujuh tahun.
Setelah kelulusan diberi oleh Jabatan Arkib Negara dan Jabatan Audit Negara, aktiviti merincih fail-fail tersebut telah dilaksanakan pada 13 hingga 21 Ogos 2024.
Ucapan terima kasih kepada semua kakitangan UAD yang telah menjayakan aktiviti pelupusan fail terutama kepada Pn. Nurul Kartini, Pn. Salasiah, Pn. Nurmasdiana, Pn. Elfarina dan Pn. Erni Nazwa.