Bengkel COSO (Internal Control Frameworks)

coso

Bengkel ini telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2011 di Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Latihan UAD kerana telah berusaha mendapatkan penceramah (En. Norazlisham Mohd Amin) yang sungguh berwibawa dan memberi input-input yang sungguh berkesan kepada semua kakitangan Unit Audit Dalam UKM. Bengkel ini wajib dihadiri oleh semua kakitangan Unit Audit Dalam UKM yang terlibat dengan pengauditan. COSO adalah salah satu elemen baru yang digunakan oleh UAD bagi memantapkan lagi sistem pengauditan yang sedia ada. Penambahbaikan pelaporan audit perlu dibuat dari semasa ke semasa memandangkan arus globalisasi yang kian pesat dan memerlukan pengawalseliaan yang lebih terperinci. COSO yang digunapakai oleh Unit Audit Dalam merangkumi 5 elemen utama iaitu kawalan persekitaran, penilaian risiko, aktiviti kawalan, informasi dan komunikasi dan juga pemantauan. Bagi memperincikan setiap aspek penemuan, penarafan yang sewajarnya perlu dititik beratkan agar signifikasi dari pelaporan itu dapat membantu Unit Audit Dalam menambahbaik sistem yang sedia ada.