Bengkel Peer Review QAR dan Motivasi Kakitangan UAD
Unit Audit Dalam telah mengadakan Bengkel Peer Review QAR dan Motivasi Kakitangan UAD pada 27-29 Mac 2015 di Avillion Legacy Melaka. Objektif bengkel ini adalah untuk memaklumkan persediaan penilaian QAR yang akan berlangsung di UMP pada 06-08 April 2015 dan meningkatkan pemahaman mengenai QAR kepada semua warga UAD. Disamping itu, motivasi yang diadakan juga adalah untuk meningkatkan kerjasama dan komitmen antara kakitangan bagi mengukuhkan semangat berpasukan untuk bersama-sama menjayakan visi, misi dan matlamat organisasi. Motivasi yang diadakan ini turut menerapkan penghayatan nilai-nilai organisasi serta jati diri dalam diri setiap kakitangan.
Bengkel ini disertai oleh 17 orang kakitangan UAD UKM yang terdiri daripada Ketua Audit (W52), Juruaudit Dalam Kanan (W44), Juruaudit (W41), Penolong Juruaudit (W27), Pembantu Juruaudit (W17) dan Pembantu Tadbir(P/O) (N17). Bagi menjayakan motivasi ini, pihak audit telah menjemput penceramah daripada HPI Consultant iaitu Dr. Hj. Wan Muhamad Adam Bin Wan Norudin. Antara pengisian dalam program ini adalah sesi solat berjemaah dan Qiamullail yang julung kalinya diadakan diperingkat UAD dan diketuai oleh penceramah yang dijemput. Sesi ini juga telah mendapat sambutan yang baik oleh semua warga UAD.
Diharapkan bengkel QAR yang dihadiri dapat difahami dan digunapakai oleh warga UAD dalam kerja seharian. Selain itu, diharapkan juga motivasi yang diadakan turut memberi kesan positif kepada warga UAD dalam meningkatkan motivasi kerja dan memupuk semangat berpasukan dikalangan kakitangan UAD.