Bengkel Pemantapan Audit Dalam UKM Siri 4
Unit Audit Dalam (UAD) telah selesai menjalankan Bengkel Pemantapan Unit Audit Dalam UKM (Siri 4) pada 22 hingga 23 Januari 2013 (Selasa & Rabu) di Bilik Latihan Tingkat 6, Kolej Keris Mas. Bengkel ini diadakan bagi membincangkan penambahbaikan dan pindaan ke atas Prosedur Kerja Pengauditan (UKM-SPKP-UAD-PK01) termasuk borang-borang, lampiran-lampiran dan senarai semak. Selain itu, bengkel ini turut membincangkan penambahbaikan ke atas teguran audit oleh Audit SIRIM yang lepas.
Dalam bengkel ini juga, kakitangan turut didedahkan dengan penulisan laporan berdasarkan 3C (Criteria, Condition, Cause) 1E (Effect) dan1R (Recommendation) bagi menambahbaik kualiti pelaporan yang disediakan.
Bengkel yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam bengkel yang diadakan. Diharapkan bengkel ini dapat memberi penambahbaikan yang baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.