Hari Bertemu Pelanggan Unit Audit Dalam

Sempena perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 16 Julai 2012 (Isnin) bersama-sama dengan Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar dan juga CRIM. Ia adalah sebagai salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahupun aduan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UAD yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Objektif Hari Bersama Pelanggan diadakan adalah untuk :-
Memberi peluang kepada pelanggan mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Unit Audit Dalam UKM
Menjadikan Hari Bersama Pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej Unit Audit Dalam.
Memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
Menjadikan maklumbalas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan Unit Audit Dalam.