Hari Keluarga Unit Audit Dalam UKM 2011

fday2011

Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan Unit Audit Dalam, semua kakitangan bersepakat untuk mengadakan hari keluarga di A’ Famosa Resort Melaka pada 28 Mei 2011. 14 keluarga telah bersama-sama meraikan sambutan hari keluarga ini. Aktiviti dimulakan dengan ketibaan semua ahli keluarga di A’ Famosa Resort pada pada jam 9.00 pagi dan pendaftaran masuk ke Water World. Adalah diharapkan agar program menarik seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan ukhuwah sesama warga UAD pada masa akan datang.