Jamuan Raya UAD – Syawal 1443H

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Unit Audit Dalam telah diadakan pada 26 Mei 2022 (Khamis) bertempat di Pejabat Unit Audit Dalam, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas. Sambutan ini diraikan oleh semua kakitangan Unit Audit Dalam termasuk tetamu jemputan Pn. Noora’ashikin Hussien yang telah bersara pada bulan Februari 2022 dan kakitangan UKM dan UKM Holdings.

 

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama kakitangan UAD dan kakitangan UKM secara amnya selepas Negara diuji dengan Fasa Pandemik pada tahun 2020 & tahun 2021. UAD berharap sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.