Jamuan Hari Raya Unit Audit Dalam 2017

Pada 15 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di Bilik Taming Sari, Kolej Keris Mas, Unit Audit Dalam telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017. Sambutan Aildilfitri kali ini turut melibatkan ahli keluarga warga UAD sepertimana yang pernah dilaksanakan pada tahun 2013. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama ahli keluarga warga UAD. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis sambutan Aidilfitri tahun ini kepada semua warga UAD dan Jawatankuasa Tabung Kebajikan Unit Audit (TAKUAD) selaku urusetia penganjuran majlis.