Kursus Pengauditan Berasaskan COSO Framework

Pada 14 November 2018 (Rabu) dan 15 November 2018 (Khamis), Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Kursus Pengauditan Berasaskan COSO Framework yang telah diadakan di Sherwood Gateway Hotel Bangi. Kursus ini melibatkan semua kakitangan yang  menjalankan pengauditan termasuk 2 Eksekutif Audit daripada UKM Holdings Sdn. Bhd.

Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Norhayati  Baharuddin – Ex Director Institute of Internal Audit Malaysia (IIAM). Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi kefahaman disamping mempertingkatkan kompetensi Juruaudit dan Penolong Juruaudit dalam penyediaan Memorandum Perancangan Audit serta pelaksanaan audit berasaskan COSO Framework.

Kursus ini juga merupakan lanjutan terhadap kursus yang telah diadakan sebelum ini bagi memberi peningkatan tahap kefahaman dan penambahbaikan Juruaudit dan Penolong Juruaudit dalam menggunakan elemen COSO dalam penyediaan memorandum perancangan audit dan laporan audit. Selain itu, penceramah juga telah membuat pemerhatian ke atas fail kertas kerja audit yang diamalkan oleh pihak audit bagi membolehkan beliau mengadaptasikan apa yang ingin disampaikan semasa kursus tersebut.

Pihak audit berharap kursus seperti ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kualiti dan nilai tambah di dalam pengauditan dan laporan audit yang disediakan.