Kursus Pengauditan Projek Pembangunan

Unit Audit Dalam telah menganjurkan Kursus Pengauditan Projek Pembangunan pada 13-14 Mei 2013 di Hotel Residence UNITEN. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta kursus tentang skop pengauditan Kursus Pengauditan Projek Pembangunan disamping perkongsian idea dan pengalaman peserta kursus dalam melaksanakan pengauditan. Kursus ini disertai oleh pegawai-pegawai UAD UKM dan beberapa agensi luar seperti UITM Shah Alam, Universiti Kuala Lumpur, Lembaga Pembangunan Langkawi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Lembaga Pertubuhan Peladang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Kerjaraya Malaysia. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas daripada Jabatan Audit Negara iaitu Puan Roziana Bt. Mahmood, Puan. Nurazaini Bt. Mokhtar, En Rosman bin Kamarudin, Puan Norliza Abdullah dan En. Zamani bin Md. Jidin. Diharapkan kursus seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi berkongsi-kongsi pengalaman dalam pengauditan dan mengeratkan hubungan dengan pihak luar.