Lawatan Amalan 5S ke Pusat Perubatan UKM
Unit Audit Dalam telah mengadakan lawatan amalan 5S ke Pusat Perubatan UKM pada 7 Mac 2012 (Rabu). Lawatan ini disertai 15 orang kakitangan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Audit Dalam, UKM. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai amalan 5S yang diamalkan di PPUKM, melihat secara lebih dekat perlaksanaan amalan 5S yang diamalkan di PPUKM serta menambah pengetahuan mengenai budaya amalan 5S. Ketibaan kami disambut oleh En.Muhamad Khairi Khalis (Koordinator Jawatankuasa 5S PPUKM), En. Mohd Khairuddin Omar (Ketua Jawatankuasa Audit 5S PPUKM) dan Puan Shazlin Tajuddin (Pen. Koordinator Jawatankuasa 5S PPUKM). Pihak kami diberikan taklimat ringkas oleh Koordinator Jawatankuasa 5S PPUKM di bilik SUKMARIA dan kemudian dibawa untuk melawat ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Khidmat Pelanggan, Jabatan Kualiti dan Pejabat Pengarah PPUKM. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa 5S PPUKM di atas kesudian menerima kunjungan daripada warga kerja Unit Audit Dalam UKM. Tahniah juga diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam lawatan yang diadakan. Diharapkan lawatan ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai panduan serta amalan oleh warga Unit Audit Dalam di tempat kerja selari dengan halatuju ke arah ISO (SPKP).