Lawatan Kerja dari Bahagian Unit Audit Dalam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pada 25 Januari 2018 (Khamis), seramai 7 orang daripada BAD USIM yang diketuai oleh Puan Alliza Ayob telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat UAD UKM. Delegasi dari BAD USIM telah disambut oleh Ketua UAD UKM bersama para pegawai. Tujuan lawatan kerja oleh BAD USIM ini adalah untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan praktis UAD UKM dalam menghadapi QAR oleh IIAM yang telah disampaikan oleh En. Jamali Shamsuddin; perkara berkaitan fail audit yang telah disampaikan oleh En. Ishak Md Saboo dan perancangan audit tahunan sertasistem penarafan yang telah disampaikan oleh En. Azman Mohd Nor.Di akhir perbincangan, wakil Ketua BAD USIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada UAD UKM di atas perkongsian maklumat yang bermanfaat dan layanan baik yang diberikan.
Semoga perkongsian pengalaman menghadapi QAR dan praktis UAD UKM dalam bidang pengauditan akan dapat membantu BAD USIM dalam membuat penambahbaikan terhadap proses pengauditan yang diamalkan dan seterusnya memberikan idea dalam membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi penilaian QAR yang akan datang.