Lawatan Kerja Bahagian Audit Dalam, Universiti Malaysia Sabah


Bahagian Audit Dalam, Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UMS iaitu Encik Sabarudin Ramli bersama dengan 7 orang pegawai dan kakitangan beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Audit Dalam (UAD) UKM pada 13 hingga 14 Ogos 2018. Delegasi dari UMS telah disambut oleh En. Ishak Md. Saboo dan para pegawai yang lain.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang persediaan dan pengalaman UAD UKM dalam menghadapi penilai luar untuk ‘Quality Assessment Review’ yang telah dijalankan di UKM pada tahun 2017. Taklimat telah diberikan oleh En. Azman Md. Noor bermula daripada PDCA yang dibangunkan seterusnya rekod-rekod pengauditan yang disemak dan dinilai untuk penganugerahan pematuhan kepada QAR.
Disamping itu, mereka juga berminat untuk melihat isu-isu berkaitan dengan penubuhan sebuah hospital. Ini kerana UMS dalam proses pembinaan hospital baru. Justeru itu, mereka telah di bawa melawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) pada 13 Ogos 2018. Taklimat berkaitan HCTM dan pengenalan kualiti di HCTM telah disampaikan oleh Dr. Abdul Rashid Abdul Kadir iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Kualiti, Pusat Strategi Kualiti dan Penjanaan. Rombongan UMS juga dibawa melawat ke Jabatan sokongan klinikal iaitu Jabatan Pemulihan Perubatan, HCTM.
Pihak UAD UKM berharap dengan lawatan kerja ini dapat membantu pihak Audit Dalam UMS dalam menghadapi penilaian ‘Quality Assessment Review’ dan maklumat berkaitan isu-isu auditan di hospital dapat memberi panduan kepada Audit Dalam UMS khususnya dan UMS umumnya dalam membangun dan mengoperasi sesebuah hospital. Lawatan sebegini juga mengeratkan lagi silatulrahim diantara kedua-dua organisasi.