Lawatan Kerja dari Unit Audit Dalam Hospital Pusrawi
Pada 21 April 2022 (Khamis), seramai dua staf Unit Audit Dalam Hospital Pusrawi yang diketuai oleh Encik Shahrulnizam bersama dengan Puan Siti Khadijah telah melakukan lawatan kerja ke pejabat UAD UKM di HCTM, Cheras untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pelaksanaan audit di hospital. Delegasi dari UAD Hospital Pusrawi telah disambut oleh Encik Azman, Puan Elfarina dan Puan Nurmasdiana.
Di antara topik-topik perbincangan adalah mengenai latar belakang UAD UKM, prosedur pengauditan yang di ISO, pembangunan Audit Universe dan tajuk-tajuk pengauditan yang telah dilaksanakan. Pihak UAD Hospital Pusrawi juga telah dibawa melawat ke Stor Utama Jabatan Farmasi untuk melihat proses penerimaan, penstoran, pengeluaran serta dokumentasi yang berkaitan.
UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Unit Audit Dalam Hospital Pusrawi dapat mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua organisasi serta membantu dalam melaksanakan pengauditan.