Lawatan Kerja Dari Unit Audit Dalam UPM Serdang

Pada 29 Ogos 2017 (Selasa), seramai 5 orang pegawai daripada BAD UPM yang diketuai oleh Ketua Audit Dalam UPM iaitu Puan Zainora Abdul Talib telah sudi mengadakan lawatan kerja ke Pejabat UAD UKM. Delegasi dari BAD UPM telah disambut oleh Ketua UAD UKM bersama para pegawai. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan Kaedah Penilaian Risiko Di UKM (ERM); Kaedah Penilaian Risiko Dan Penentuan Audit UniverseDi UAD UKM; danKaedah Penarafan Hasil Pengauditan. En. Azman Mohd Nor mewakili UAD UKM telah memberikan penerangan lanjut berkaitan topik perbincangan diikuti dengan sesi perkongsian pengalaman daripada BAD UPM dan UAD UKM. Di akhir perbincangan, Ketua BAD UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada UAD UKM di atas perkongsian maklumat yang bermanfaat dan layanan baik yang diberikan.