LAWATAN KERJA DELEGASI BAHAGIAN AUDIT DALAM, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Pada 24 Julai 2024 (Rabu), Bahagian Audit Dalam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai oleh En. Mohd Riduan Bin Mohamed Rakhazali selaku Ketua Audit Dalam, UMT telah melakukan lawatan kerja ke Unit Audit Dalam, UKM bersama 9 orang kakitangan. Objektif lawatan ini diadakan adalah bertujuan bertukar-tukar pandangan, menambah ilmu pengetahuan dan membuat penambahbaikan tentang program-program kualiti, Quality Asssessment Review (QAR), pelaksanaan COSO dalam pengauditan serta pengurusan tadbir urus. Delegasi dari Bahagian Audit Dalam, UMT telah disambut oleh Encik Ishak Md. Saboo selaku Ketua UAD UKM dan pegawai – pegawai di UAD UKM.
UAD UKM berharap lawatan kerja dari Bahagian Audit Dalam, UMT mencapai objektifnya disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kedua-dua organisasi. Terima kasih juga kepada warga UAD UKM yang telah memberikan kerjasama semasa sesi lawatan berkenaan dijalankan.