Lawatan Kerja ke Pejabat Unit Audit Dalam Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pejabat Audit Dalam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 27 Februari 2014 (Khamis).Seramai 15 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Audit Dalam, UKM.
Pejabat Audit Dalam UIA dipilih sebagai lokasi lawatan kerja berikutan keupayaan mereka menggunakan sistem ACL secara menyeluruh dalam melaksanakan program pengauditan.Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi mempelajari dan menimba pengalaman daripada Pejabat Audit Dalam UIA mengenai bagaimana untuk mengadaptasikan penggunaan sistem ACL keatas program pengauditan akan dijalankan. Disamping itu, lawatankerja ini turut membantu kakitangan UAD UKM untuk memahami dan mempelajari cara dan kaedah mereka merancang, menjalankan dan seterusnya menyediakan laporan pengauditan dengan sistem ACL.
Lawatan kerja ini juga membolehkan kakitangan meluaskan rangkaian jaringan dan mengeratkan hubungan antara UAD UKM dengan Pejabat Audit Dalam UIA di samping berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan bidang tugas kerja masing-masing.Diharapkan lawatan kerja ini dapat membantu kakitangan UAD UKM untuk menggunakan ACL dalam program audit dan seterusnya dapat menjadi nilai tambah dalam pelaporan audit di masa hadapan.