Lawatan Kerja ke Unit Audit Dalam KPT, Putrajaya

kpt

Unit Audit Dalam UKM telah menjalankan satu lawatan kerja ke Unit Audit Dalam Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 Julai 2011 (Selasa). Seramai 11 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Ketua Audit Dalam iaitu En. Ishak bin Md. Saboo, Juruaudit Dalam iaitu Pn. Nor Sabarina Mohd Yunus, penolong-penolong Juruaudit dan seorang pembantu juruaudit. Objektif lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai program pengauditan yang telah dan akan dijalankan, bertukar-tukar pendapat berkaitan bidang tugas audit masing-masing dan berbincang mengenai perkembangan serta teknik-teknik terkini dalam bidang pengauditan. Disamping itu, lawatan kerja yang diadakan ini juga dapat meluaskan rangkaian serta mengeratkan hubungan antara UAD UKM dan UAD KPT. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan supaya UAD UKM dapat menjalinkan lebih banyak hubungan kerja sesama pihak luar bagi berkongsi pengalaman dan menambahbaik mutu kerja dan pengurusan organisasi agar lebih efektif dan efisien pada masa akan datang.