Lawatan Kerja ke Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Unit Audit Dalam UKM telah menjalankan satu lawatan kerja ke Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 26 Mac 2012 (Isnin). Seramai 15 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Ketua Audit Dalam iaitu En. Ishak bin Md. Saboo, Juruaudit Dalam Kanan iaitu En.Jamali bin Shamsuddin, Juruaudit Dalam iaitu En. Azman bin Mohd Nor, Pn. Nor Sabarina binti Mohd Yunus dan Pn. Norsalwa binti Mohamad Jaafar, Penolong-penolong Juruaudit dan Pembantu-pembantu Juruaudit. Objektif lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai program pengauditan yang telah dan akan dijalankan,bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan bidang tugas masing-masing. Disamping itu, lawatan kerja yang diadakan ini juga dapat meluaskan rangkaian dan mengeratkan hubungan antara UAD UKM dengan UAD USM. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan supaya UAD UKM dapat menjalinkan lebih banyak hubungan kerja sesama UAD IPTA yang lain bagi berkongsi pengalaman sesama staf dalam melaksanakan tugas pengauditan dan juga meningkatkan dan memantapkan lagi pengetahuan serta kompetensi staf audit.