LAWATAN KERJA UNIT AUDIT DALAM UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

 

Pada 27 November 2019 (Rabu), seramai enam staf Unit Audit Dalam UNIMAP yang diketuai oleh Encik Zulfatah Dzulkarnain telah melakukan lawatan kerja ke UAD UKM untuk bertukar pandangan tentang pelaksanaan International Professional Practices Framework (IPPF) di samping perkongsian ilmu dan pengalaman dengan UAD UKM yang telah memperolehi pengiktirafan QAR sebagai persediaan UAD UNIMAP dalam menghadapi penilai luar untuk ‘Quality Assessment Review’. Delegasi dari UAD UNIMAP telah disambut oleh En. Azman Mohd Nor, Pn. Norsalwa Mohamad Jaafar dan En. Azreen Khalid.

Di antara topik-topik yang dibincangkan adalah standard yang terdapat di dalam IPPF serta persediaan UAD UKM untuk memenuhi keperluan standard tersebut. UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Unit Audit Dalam, UNIMAP dapat mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua organisasi serta membantu pihak Audit Dalam UNIMAP dalam menghadapi penilaian ‘Quality Assessment Review’.