Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah Menyambut Ramadan

 

Majlis bacaan yaasin dan tazkirah sempena menyambut ramadan telah diadakan pada 16 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam. Majlis bacaan yasin dan tazkirah telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam sebagai salah satu aktiviti di bawah exco kerohanian sempena menyambut bulan Ramadan 1444H.
Tazkiran telah disampaikan oleh Ustaz Musa Bin Moslim daripada Pusat Islam UKM dengan tajuk Ramadan yang dinanti. Aktiviti ini melibatkan kakitangan di Unit Audit Dalam dan juga kakitangan Audit Dalam UKM Holdings. Tahniah diucapkan kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga Ramadan ini memberi seribu rahmah dan keberkatan buat kita semua InsyaAllah