MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN) PERINGKAT UKM

 

SPAN adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Amalan Nilai. Pelaksanaan SPAN di UKM adalah berdasarkan kepada Arahan YAB Perdana Menteri Siri 3 No.1 Tahun 2020 yang dikeluarkan pada 24 Mac 2021. Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah bagi menetapkan supaya semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan membudayakan dan mengamalkan nilai murni dalam pelaksanaan tugas oleh penjawat awam.

Terdapat 6 nilai teras SPAN iaitu AMANAH, BIJAKSANA, BENAR, BERSYUKUR, TELUS DAN ADIL. Bagi memberi penghayatan dan pengamalan nilai di peringkat individu, serta sempena Majlis Pelancaran SPAN pada 17 Oktober, JP selaku urusetia SPAN menganjurkan webinar mingguan berkaitan nilai SPAN sepanjang bulan September hingga Oktober dan diakhiri dengan Ceramah Nilai Murni : DNA Kepimpinan Organisasi Cemerlang yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hj. Farid Ravi Abdullah.

Seusai ceramah, Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) Peringkat UKM dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita, persembahan deklamasi sajak, ucapan alu-aluan dari Ketua Pasukan SPAN UKM dan ucapan pelancaran oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Seterusnya penyampaian hadiah dan cenderamata serta tayangan pemenang video pendek. Kemudian para jemputan dibawa untuk melawat reruai dari Unit Audit Dalam, Unit Kaunseling, Unit Integriti & Ombudsman dan SPAN.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan UAD yang telah memberi komitmen dan bekerjasama dalam penyediaan reruai UAD. Disamping itu, besar harapan kiranya warga UAD dapat menghayati, menerapkan, mengamalkan dan seterusnya membudayakan nilai-nilai SPAN di tempat kerja terutamanya. Seiring dengan harapan Ketua Pasukan SPAN UKM dalam ucapannya berharap, Skor Indeks Komposit Tahun SPAN dapat dipertingkatkan pada tahun 2025.