Majlis Persaraan Puan Noora’ashikin Bt Hussien


Badan kebajikan UAD telah mengadakan Majlis Persaraan Pn. Noora’ashikin Hussien pada 18 Februari 2022 (Jumaat) bertempat di Bangi Golf Resort. Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Shikin yang telah berkhidmat selama 12 Tahun di Unit Audit Dalam UKM. Jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan di UAD amat dihargai dan warga UAD mengucapkan selamat menempuh alam persaraaan dan didoakan supaya beliau diberi kesihatan yang baik dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga ukhwah yang terbina sesama warga UAD dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat. Insyaallah