Majlis Persaraan Puan Umei Kalsom Binti Hj. Md Isa

Badan kebajikan UAD telah mengadakan Majlis Persaraan Pn. Umei Kalsom Hj. Md Isa pada 23 November 2022 (Rabu) bertempat di Sarjana Hall, Danau UKM. Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Umei Kalsom yang telah berkhidmat selama 24 tahun di Unit Audit Dalam UKM. Jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan di UAD amat dihargai dan warga UAD mengucapkan selamat menempuh alam persaraaan dan didoakan supaya beliau diberi kesihatan yang baik dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Semoga ukhwah yang terjalin selama ini dengan warga UAD dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat. Insya Allah.