Mesyuarat Semakan Pengurusan UAD 2011

msp2011

Unit Audit Dalam UKM telah selesai menjalankan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) untuk tahun 2011 pada 7-9 Oktober 2011 bertempat di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan prestasi pengauditan bagi tahun 2011 dan halangan-halangan atau kekangan-kekangan semasa menjalankan pengauditan. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2011 dan perancangan tahun 2012 bagi setiap jawatankuasa yang ditubuhkan diperingkat dalaman Unit Audit Dalam iaitu Jawatankuasa Kebajikan, Jawatankuasa Kualiti dan Jawatankuasa Latihan.
Dalam mesyuarat ini juga turut dibincangkan mengenai perancangan sumber Unit Audit Dalam seperti Pelan perancangan Sumber Manusia, Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang Unit Audit Dalam, keperluan aset dan kelengkapan Unit Audit Dalam serta bajet untuk tahun 2012. MSP yang diadakan ini juga turut membincangkan perancangan tajuk-tajuk pengauditan bagi tahun 2012 dengan setiap kumpulan audit membentangkan tajuk-tajuk audit yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.
Mesyuarat Semakan pengurusan yang diadakan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Syabas diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam MSP 2011 dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Unit Audit Dalam.