MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM UKM 2014

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) UAD bagi tahun 2014 telah diadakan pada 30 September hingga 02 Oktober 2014 bertempat di Hotel Puri Pujangga dan Danau Golf Club, UKM. Agenda tahunan yang telah mula diadakan pada tahun 2010 ini telah dikemaskini pada tahun ini bagi membincangkan prestasi UAD sepanjang tahun 2014 (sehingga September) dengan membuat perbandingan prestasi bagi tempoh 3 tahun untuk mengenal pasti masalah dan punca serta tindakan penambahbaikan bagi UAD. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi laporan prestasi dan perancangan tahun 2015 bagi semua Jawatankuasa Kualiti UAD, perancangan sumber manusia dan keperluan UAD yang merangkumi bajet dan aset bagi tahun 2015, prestasi pelaksanaan audit bagi setiap audit yang telah dirancang serta  perancangan audit bagi tahun 2015.

Mesyuarat yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang telah menghadiri dan memberikan kerjasama dalam mesyuarat yang diadakan. Diharapkan prestasi UAD untuk tahun 2014 dapat ditingkatkan dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya