PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UKM 2024

Pelaksanaan audit dalaman EKSA UKM 2024 telah dijalankan di Unit Audit Dalam pada 08 Oktober 2024 oleh 2 orang Juruaudit iaitu Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud dan En. Clarence Ko Ching Huat.

5 Komponen yang diaudit adalah:

  1. Keperluan Utama Pelaksanaan
  2. Ruang Tempat Kerja/ Pejabat
  3. Tempat Umum
  4. Keselamatan Persekitaran
  5. Kawasan Persekitaran Jabatan

 

Unit Audit Dalam amat berbangga menjadi salah satu PTj galakan EKSA dan berharap semakan Audit Dalaman EKSA ini dapat memberi nilai tambah dalam penambahbaikan yang berterusan. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan UAD yang telah memberi komitmen dan bekerjasama dalam menjayakan pengauditan pada kali ini.