Pertandingan Bowling Antara Kakitangan UAD
Satu pertandingan bowling antara kakitangan Unit Audit Dalam UKM telah diadakan pada 9 Jun 2013.
Pertandingan telah diadakan di ARL Power Bowl Alamanda Putrajaya. Pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan di samping memberi pendedahan kepada pemain untuk meningkatan kemahiran dalam sukan bowling. Unit Audit Dalam berharap pertandingan sebegini dapat diadakan lagi selepas ini.