PROGRAM SUKAN (INDOOR GAMES) UAD 2023

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Sukan (Indoor Games) adalah satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Kakitangan Unit Audit Dalam (TAKUAD) dengan menggunakan peruntukan tabung dan sumbangan daripada kakitangan UAD. Program ini telah dilaksanakan pada 21 hingga 30 Ogos 2023 yang melibatkan 16 orang peserta di kalangan kakitangan UAD. Acara yang dipertandingkan adalah Congkak, Karom dan Dam Aji.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk merapatkan silaturahim dan meningkatkan semangat setiakawan dalam kerja berpasukan serta dapat melepaskan tekanan dalam waktu bekerja. Selain itu, secara tidak langsung program ini juga dapat menonjolkan bakat terpendam warga UAD dalam acara yang disertai.
Program ini dapat dilaksanakan dengan jaya dan berharap ianya dapat diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan juga semua peserta yang memberi komitmen sepenuhnya sepanjang program ini dijalankan.