Sanggar Kerja Unit Audit Dalam UKM

Satu program sanggar kerja yang bertajuk “Turning Point Leadership Dan Pembinaan Kumpulan “ yang dikendalikan oleh Syarikat Nova Q Services  telah dianjurkan oleh pihak Unit Latihan UAD pada 14 Oktober 2016.Program ini adalah satu program yang berbentuk motivasi yang mana pada tujuan asal adalah bagi membina potensi dalam diri setiap individu dan juga bagi membentuk kumpulan kerja yang berdisiplin dan terancang.  Program ini dijalankan di Hotel Pantai Puteri Melaka bermula pada 08.00 pagi hingga 05.30 petang. Banyak pengisian dan aktiviti yang dibuat sepanjang aktiviti ini antaranya group binding, F1 pit stop, konflik kepimpinan (Menggunakan duit RM0.05,RM0.10,RM0.20,RM0.50, RM1.00 dan RM5.00), menara kepimpinan dan mola moli.

Program ini disertai oleh semua kakitangan UAD. Rata-rata peserta menyatakan kepuashatian terhadap program yang dijalankan. Pengelola program Syarikat Nova Q Services mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalankan program-program yang berbentuk team building ini. Antara syarikat koporat yang pernah mendapatkan khidmat Syarikat Nova Q Services ialah Proton, Perodua, Honda, Top Glove dan beberapa syarikat yang lain. Selain daripada itu beberapa agensi kerajaan juga pernah mendapat sentuhan Syarikat Nova Q Services antaranya Kementerian Kerjaraya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekolah-sekolah dan beberapa lagi agensi kerajaan.

Pihak Unit Latihan, UAD ingin mengucapkan beribu ucapan terima kasih kepada peserta-peserta dan penceramah daripada Syarikat Nova Q. Sebagai pemanis kata, serangkap pantun kami hadiahkan:

Anak helang anak kedidi

Terbang seiring jadi dambaan

Terima kasih sekalung budi

Kami ucapkan tanda penghargaan.