TAKLIMAT ASAS KESELAMATAN SIBER UNTUK JURUAUDIT BUKAN BERLATARBELAKANG IT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Audit Dalam telah melaksanakan Taklimat Asas Keselamatan Siber kepada Juruaudit yang bukan berlatarbelakang IT pada 11 September 2024 (Rabu) di Bilik Perbincangan Eksekutif FTSM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Masnizah binti Mohd Pensyarah Universiti Pusat Kajian Keselamatan Siber (Cyber), Fakulti Teknologi & Sains Maklumat. Objektif pelaksanaan taklimat ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada Juruaudit dan semua kakitangan Unit Audit Dalam berkenaan pengenalan kepada Keselamatan Siber.
Oleh kerana, kaedah pengauditan pada masa kini telah berubah dari masa ke semasa selari dengan peredaran masa. Skop keselamatan maklumat menjadi keutamaan selain dari skop pengurusan dan kewangan. Juruaudit perlu mendapat pendedahan yang secukupnya bagi mamahami keselamatan maklumat serta mengenalpasti konsep kawalan dalaman yang perlu diterapkan. Juruaudit perlu melengkapkan diri dengan kefungsian pelbagai bidang seperti ICT dan keselamatan maklumat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan Unit Audit Dalam yang menghadiri taklimat ini dan ucapan terima kasih juga kepada penceramah yang dijemput berkongsi ilmu pada sesi taklimat kali ini.