TAKLIMAT PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT UKM (YBHG. DATUK MOHD NASIR BIN AHMAD) KEPADA KETUA-KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) UKM BAGI TAHUN 2016.

DSC_0079

Taklimat Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM (YBhg. Datuk Mohd NasirBin Ahmad) Kepada Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) UKM Bagi Tahun 2016telah diadakan pada 16Februari 2016 (Selasa) di Bilik Senat, Aras 5 Bangunan Canselori bermula pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Taklimat anjuran Unit Audit Dalam ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman Ketua-Ketua PTJ mengenai peranan Unit Audit Dalam dalam membantu menambahbaik proses governan, risiko dan kawalan dalaman di PTJ yang diaudit. Di samping itu, YBhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad turut membentangkan amalan terbaik dalam pengurusan sesebuah organisasi yang dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diberikan kepada YBhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad di atas kesudian meluangkan masa menyampaikan taklimat tersebut. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua Ketua PTJ/wakil yang telah sudi hadir ke sesi taklimat berkenaan. Semoga taklimat ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang yang mampu menjadi wadah penghubung diantara UAD dengan PTJ-PTJ di UKM ke arah kecekapan dan keberkesanan proses governan, risiko dan kawalan dalaman Universiti.