Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam UKM telah menganjurkan sesi tazkirah sempena Maal Hijrah 1436H. Tazkirah yang telah diadakan pada28 Oktober 2014 (Selasa) di Bilik Mesyuarat UAD ini telah disampaikan olehUstaz Mohamad Zulkifli Abdul Ghani(Pensyarah), Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM. Diharapkan tazkirah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu pengisian rohani untuk semua kakitangan UAD. Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga UAD atas kerjasama yang diberikan sehingga majlis dapat dijalankan dengan lancar.