Tazkirah Ramadhan 1443H
Pada 01 April 2022 (Jumaat), satu sesi tazkirah sempena menyambut bulan Ramadhan 1443H telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam melibatkan semua kakitangan UAD. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Khazri Osman daripada Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam (FPI). Sesi tazkirah membincangkan mengenai :
• Kemuliaan bulan Ramadhan;
• Amalan di bulan Ramadhan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.; dan
• Sesi soal jawab antara peserta dan penceramah.
Tazkirah ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Unit Audit Dalam berharap program tazkirah ini dapat diteruskan bagi meningkatkan pemahaman dan peringatan dari semasa ke semasa.